CERPEN Buku CERPEN oleh penulis PECAH Khairulnizam Bakeri cerita pendek kebanyakan ditulis khas untuk buku ini Kebanyakan cerpen berkisar tentang jenayah Manusia boleh merancang apa saja tapi apakah aka

  • Title: CERPEN
  • Author: Khairulnizam Bakeri
  • ISBN: 9879670374208
  • Page: 380
  • Format: Paperback
  • Buku CERPEN oleh penulis PECAH Khairulnizam Bakeri.17 cerita pendek, kebanyakan ditulis khas untuk buku ini.Kebanyakan cerpen berkisar tentang jenayah Manusia boleh merancang apa saja, tapi apakah akan terlepas dari hukuman dan karma Selain itu, turut ada kisah cinta dan hikayat purba Blurb Hidup persis koleksi kisah pendek Tiap detik kita himpun peristiwa yang memberBuku CERPEN oleh penulis PECAH Khairulnizam Bakeri.17 cerita pendek, kebanyakan ditulis khas untuk buku ini.Kebanyakan cerpen berkisar tentang jenayah Manusia boleh merancang apa saja, tapi apakah akan terlepas dari hukuman dan karma Selain itu, turut ada kisah cinta dan hikayat purba Blurb Hidup persis koleksi kisah pendek Tiap detik kita himpun peristiwa yang memberi makna diri Tak semua disimpan kemas dalam ingatan Yang lebih menimbulkan tawa, yang lebih tajam menghiris jiwa demikianlah yang lebih kekal di lembar memori Tanpa sedar kita tulis satu persatu agar tiba saat hati paling rusuh, kita selak dan baca aksara demi aksara.Saya harap CERPEN pun begitu juga 16 kisah pendek atau kispan saya lebih gemar label ini yang bertebaran dalam wilayah minda, saya himpunkan untuk kalian.Ah, Bobo dan Fifi sudah mengiau Perlu diberi makan Khairulnizam Bakeri_____________________Novelis Khairulnizam BakeriKhairulnizam Bakeri dilahirkan di Kelantan Penagih sunyi dan kopi Pencinta seni orator Pengicau acap di alam 140 aksara, Twitter nizambakeri Pecah 2011 ialah novelnya yang pertama, dan adaptasi filemnya ditayang pada 2013 Cerpen ialah bukunya yang kedua.Rekabentuk letak kulit teckheePerunding Hani Amira SurayaCetakan Pertama Disember 2012Cetakan Kedua

    • Free Download [Ebooks Book] ↠ CERPEN - by Khairulnizam Bakeri ✓
      380 Khairulnizam Bakeri
    • thumbnail Title: Free Download [Ebooks Book] ↠ CERPEN - by Khairulnizam Bakeri ✓
      Posted by:Khairulnizam Bakeri
      Published :2018-08-04T18:44:44+00:00

    One thought on “CERPEN”

    1. Langgam bahasanya sangat ringkas tapi kaya dengan kosa kata Bahasa Melayu. Susun kata-nya senada seirama lancar dibaca. Apa boleh saya katakan, tanpa perlu suntikkan perkataan 'import' dan 'ridiculous' dia lakukan sebaiknya. Cerpen Pujaan mengingatkan perbualan saya dengan sahabat saya tentang 'real time sarcasm'--sinikal-nya Khairulnizam Bakeri, saya sedikit terasa. Apa-apa pun, buku ini molek dibelek berulang-kali, kerana lenggok bahasanya saya sendiri tak boleh nak lakukan, senada seirama mac [...]

    2. Bola mata bergerak lajuJantung terasa dipacuNafas ditahan daripada meluruCuba meneka mana satu seteruSudahnya tidak bertemuBuat diri semakin keliruAkhirnya,rasa jadi haruSeperti ditegur hantu bernama Bahasa. Tersampuk jadinya. Maaf, ini bulan ulasan semata. Hanya sekadar meluah rasa. Ha-ha-ha-ha. ^^2/12/2013.Ini merupakan himpunan kisah pendek (kispen). Di dalamnya terdapat 16 kispen.1.Rahsia. Sebuah hidangan suspen. Anda pasti termangu sebentar selepas menghadamnya.2.Temubual. Sebuah hidangan p [...]

    3. Tarikh Tempah : 14 Disember 2012.Tarikh Tiba : 18 Disember 2012.Mula Baca : 1400 (18 Disember 2012)Tamat Baca : 1700 (18 Disember 2012)01 - Tahniah Nizambakeri. Tahniah atas kelahiran buku yang kedua. (Tabik hormat)02 - Seperti yang dirumuskan oleh seseorang, karya/tulisan Nizambakeri adalah "mahal" isinya. Pengisian, penceritaan dan tulisan yang tinggi nilainya - walaupun bukunya boleh kau dapati dengan harga mampu milik bagi semua penggemar buku. Dan aku, setuju dengan rumusan seseorang itu.03 [...]

    4. Ini adalah himpunan kisah-kisah pendek yang kata penulis, terhasil daripada tabiatnya yang suka mengelamun dan memerhati. Oh, tapi ada juga yang katanya berdasarkan kisah benar.Ada 17 kisah pendek yang terkandung dalam Cerpen ni dan setiap satunya membawa kisah yang tersendiri. Dari kisah kontemporari hingga ke kisah klasik. Lengkap. Antara kisah yang saya suka dalam ni :-1. Rahsia -  Ini kisah eksperimentasi sosial oleh sepasang suami isteri pemilik kopitiam ke atas pelanggan mereka. Kira maca [...]

    5. Pertama kali membaca karya Khairulnizam Bakeri (walaupun sebenarnya dua novelnya telah lama dimiliki). Dan saya mengambil keputusan untuk berkenalan dengan penulis melalui kumpulan Cerpen ini.Dan harus diakui, penulis mempunyai fikiran yang dalam dan lenggok bahasa yang tersendiri yang pastinya memisahkan beliau dari label klise atau biasa. Kebanyakan karyanya menjurus kepada kisah jenayah, tetapi ada juga kisah-kisah lain yang ada aura misterinya yang tersendiri. Penuh dengan sindiran sosial, s [...]

    6. Bagi aku.ilah Buku Antalogi Cerpen yang terbaik & menarik untuk di bacahampir semua cerpen yang terkandung dalam buku ini memenuhi citarasa aku"Almost Perfect"Aku memang tidak menggemari membaca cerpen, tapi untuk naskah KNB ini"Thumbs Up"!!! boleh aku katakan cerpen2 yang terkandung dalam novel ini lebih baik isinya berbanding dengan cerpen2 lain yang datang dengan Edisi TerhadMengandungi 16 cerpen yang mengujakan dengan pelbagai genre & di akhiri dengan "Hanya Sepuluh", dimana ia merup [...]

    7. Kadang-kadang,timbul perasaan yang lebih puas membaca novel cerpen sebegini berbanding novel antologi cerpen edisi terhad seperti KLCC yang sesetengah kualiti cerpen-cerpen yang terkandung di dalamnya agak mengecewakan. Selain Cerpen yang ditulis oleh penulis ini,berdasarkan apa yang saya ketahui,terdapat dua buah lagi novel cerpen yang bertajuk sama,tetapi,ditulis oleh penulis yang berbeza.Terdapat 17 buah cerpen di dalam novel koleksi cerpen Khairulnizam Bakeri ini. Atau,patut saya nyatakan ha [...]

    8. setiap aksara masih undang ghairah serupa (ms259 dari cerpen khairulnizam bakeri) dari cerpen/kispen rahsia sehingga projek cerpen 'hanya sepuluh' berbaloi untuk dibaca, dibeli.

    9. CERPEN nama diberi. Tajuk yang sama aku pernah baca hasil karya Nadia Khan. Walaupun begitu, perasaannya tika membaca jauh berbeza. Buku ini ada 16 kisah pendek atau KISPEN. Ada yang berjaya menarik minat aku, ada yang sederhana dan ada juga yang aku tidak faham. Paling aku suka Sumpah, Rahsia, Tawa dan Kelapa. Hebat juga penulis ni sebab mampu menulis sebuah cerpen yang menggunakan laras bahasa klasik. Aku suka baca buku yang mementingkan bahasa tapi kalau buku KOMSAS di sekolah tu aku kurang g [...]

    10. Aku ketepikan novel 1Q84 yang setebal Kamus Dewan itu untuk beri laluan habiskan baca kompilasi cerpen nukilan Khairul Nizam Bakeri (KNB) ini kerana tidak tertahan oleh ulasan Cik Zara di . PECAH merupakan novel karya KNB di bawah publikasi FIXI yang pertama aku baca buat tahun 2011 dan dua tahun selepas itu, aku memulakan tahun 2013 dengan buku FIXI yang pertama iaitu CERPEN. Maaf, aku masih lagi belum baca MANGSA dan MENTAL (oh, dan ISTERI juga tertangguh entah di bab mana sebenarnya).Harus ak [...]

    11. Ingatkan tak ada typo dalam buku ini, tapi ada juga walaupun cuma sedikit. Aku memang tak berapa gemar buku-buku yang ada typographical error (boleh mempengaruhi pemberian rating), rasa kurang sempurnalah bila tengah layan baca tiba-tiba ada typo. Tapi aku maafkanlah, sebab sedikit saja pun :) Kudos pada penulis yang punya ilmu bahasa yang bagus- banyak aku belajar perkataan baru, terima kasih. Aku suka dengan perkembangan karakter dalam setiap cerpen, tambah pula ada dua tiga karakter yang digu [...]

    12. Ini antara kompilasi cerpen terbaik yang pernah aku baca. Setiap cerpen sangat berbeza. Jarang sebenarnya nak membuatkan aku berpuas hati dengan kompilasi cerpen sebab mesti ada aje cerpen yang aku tak faham jalan penceritaannya. Tapi cerpen ini sangat kena dengan selera aku. Aku suka dengan gaya penceritaan penulis sebab setiap cerpen sangat istimewa. Walaupun ada kosa kata dan cara lenggok bahasa zaman dahulu kala aku still boleh digest semua aksara dengan baik. Aku tak ingat kat mana aku pern [...]

    13. baca sambil terlopong kekaguman dengan kreativiti penulis menulis setiap kispenling suka dengan kispen rahsia, temubual, nikah, tawa dan pujaan.

    14. Okay! Cerpen ataupun cerita pendek. ada 16 kisah. ada yang saya suka. ada yang saya kurang suka dan ada yang langsung saya tak suka. Overall saya bagi 3 bintang (tak de fireworks sebab saya nak simpan untuk CNY ahad ni.eeee). 5 Bintang = Jenazah, Cari, Sedih4 Bintang = Ceroboh3.5 Bintang = Irama, Pujaan3 Bintang = Ingatan, Nikah, Tawa2 Bintang = Rahsia, Kelapa, Sumpah11.5 Bintang = Pilih, Gebang1.5 Bintang = Temu Bual, Puncak0 Bintang = Hanya Sepuluhbtw, ada yang hentam aku kerana bagi 0 bintang [...]

    15. Sedang berjalan-jalan di celah-celah rak buku. Mata terpaut kepada dirinya. Sedikit gloomy, namun, ada misteri tersimpan di balik wajahnya. Terus di buka, dan benarIa benar-benar melangkaui segala pemikiran konvensional(focus pada gaya penulisan)Ada style, sarat isi, mesej di hantar, tepat! FIXI pertama YanaTapi sayang tak boleh di pinjam, untuk bacaan dalam sahajaHadoii nak mencari dekat KB ni ya

    16. CERPEN Khairulnizam Bakeri adalah bertema 'twist'.Penulisnya mahir membina cerita yang berputar, yang membuat saya turut terputar.

    17. review?tiada.kau tau tulisannya,kalau kau suka gaya penulisannya,pasti takkan kecewama ada sesal,kenapa terlalu lama membiarkan buku ini menjadi hiasan di lemari

    18. Apa yang menarik mengenai buku ini khususnya dan penulis buku ini amnya adalah kecantikan bahasanya. Saya memang meminati karya Khairulnizam Bakeri bermula dengan novel pertamanya Pecah. Bagi saya beliau terlalu genius dalam berbahasa, menjadikannya amat berbeza dengan lain-lain penulis di dalam kelompok penulis yang bernaung di bawah penerbit yang sama. Setiap kali membaca buku atau tulisan karya beliau, ada perasaan sayu setiap kali mukasurat terakhir dibaca. Setiap cerpen di dalam buku ini te [...]

    19. Pertama kali membaca penulisan Inche Khairulnizam Bakeri. Ini adalah kompilasi cerpen yang terbaik yang saya pernah baca. Ghairahnya terasa dari mukasurat satu sehingga muka terakhir (amboi ghairah kau)Jalan cerita yang tidak cliche, berbeza-beza bentuk penceritaannya (sebab kebanyakan kompilasi cerpen yg saya pernah baca bentuk penceritaannya lebih kurang uhuks), dan plot twist power yang tidak disangka-sangka.

    20. Seperti biasa, tulisannya berlagu tersendiri, sedap didendang. Ya, dia juga normal. Setiap cerpen tak lekang dek gayanya yang sudah kita kenal. Benar katanya, Gebang terhasil dari tabiat suka memerhati gelagat kecil manusia dan aku akui kerana gelagat seperti itu bahkan kerenah dahsyat saban hari dijamah mata, disantap jiwa lewat suatu ketika dulu.

    21. Bila tengok cover, tipikal. Sekali baca, "Eh, dah abis? Hmm."Xpuas. Nak lagi. Xrugi beli. Xrugi baca.

    22. Jika saya ditanya, buku cerpen mana yang bagus untuk kau nikmati, pastinya buku ini antara yang akan meniti di lidah saya.Best!

    23. Kuberikan: Di antara 3-4 bintang-bintang cemerlang. Rasanya aku lebih suka cerita-cerita pendek ini berbanding Pecah. Yang disukai: Hanya Sepuluh, Cari, Pujaan.Seperti biasa, penulis bijak bermain bahasa, penuh ritma. Ada kosa kata terkini yang dipelajari, terima kasih. Cuma tak faham maksud perut bocah: setahuku bocah itu maksudnya anak-anak kecil sahaja, atau ada maksud lain yang aku terlepas pandang?Dan seperti selalu-selalu, meski fiksi, aku seboleh mungkin cuba kaitkan dengan logik akal. Da [...]

    24. Berbeza. Itu yang dapat dikatakan. Tapi tertarik dengan konsep penggunaan racun untuk memaksa seseorang membuka rahsia. Demi mahu hidup, sanggup bocorkan rahsia sendiri? Kalau jadi pada diri mungkin sama. Selain "Rahsia", "Cari" adalah antara cerpen yang disukai dalam buku ini. Kisah mencari dimana Syafiq, yang menarik Velma terhadap Azreel. Rupa-rupanya syafiq adalah salah satu kenalan atau orang sekeliling yang pernah ada dalam kisah kehidupan Azreel dan gambar itu gambar dirinya.

    25. Fuh. Super. Sungguh. Nilai-nilai biasa-amanah, setia, ikhlas-namun disampaikan dalam gaya yang super luar biasa, sungguh dekat dengan jiwa. Cerpen yang bertajuk Rahsia, Sumpah, Pujaan dan Gerabak antara yang paling menarik perhatian. (After seerah, and self-help, I pretty sure this kind of book will be my next most favourite)To the author, you can keep your head held high with my 5 stars!!!

    26. Seorang lagi penulis kegemaran aku. Aku mengenali penulisan beliau menerusi naskah Pecah juga terbitan Buku Fixi. Tanpa berlengah, aku terus ke toko buku berhampiran untuk merembat Cerpen Khairul Nizam Bakeri. Antara cerpen yang menarik perhatian aku ialah Hanya Sepuluh, Tawa, Ingatan dan juga Gerabak.

    27. Seperti biasa, karya-karya hasil tulisan Nizam Bakeri memang tinggi nilainya. Dari segi pengisian dan penceritaan setiap cerpen (atau kispen seperti yang dilabel penulis), Cerpen mampu memberi pengalaman membaca yang indah dengan lenggok bahasa yang asyik. Setiap kispen mempunyai daya tarikan yang tersendiri.Kegemaran saya, GERABAK, RAHSIA dan TAWA.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *